Sunday, October 10, 2010

Kampung Halaman

Setelah seminggu 'Wan' dan 'Atok' saya berada di sisi anak-anak dan cucu-cucu, tiba masanya untuk pulang ke rumahnya di kampung. "rindu kek ghumah wan"..itulah kata-kata 'Wan'..Walaupun bagi kami tempoh seminggu amatlah singkat, tapi bagi 'Wan' dan 'Atok'seminggu bagaikan berbulan lamanya. Suasana hiba makin terasa tatkala permintaan 'Wan' dan 'Atok' ingin dihantar pulang ke kediamannya di Melaka..sungguh cepat masa berlalu sedangkan masih banyak cerita yang ingin dikongsi, masih dahaga dengan nasihat, dan belum puas untuk bergelak ketawa bersama..Tetapi mereka juga punya keinginan yang perlu dihormati..kami akur dengan permintaan mereka, walaup sedikit beban pun tidak kami rasai.

Seronok rasanya apabila pulang dari kerja melihat senyuman 'Atok' yang setia menonton rancangan sukan komenwel(rancangan 'favorite' nya). Manakala 'Wan' sibuk menghidangkan makanan untuk di jamah..Mereka terlalu mengambil berat tentang kami sekeluarga..

Dalam perjalan ke Melaka, kami singgah di kampung halaman arwah 'Moyang' dan 'Tokyang' tercinta di 'Tabung Naning'..sungguh banyak kenangan kami di sana..Wajah arwah masih bermain-main di fikiran kami..rasanya baru semalam kami berjumpa..Namun Allah lebih menyayangi mereka..Kami redha..di kesempatan itu, saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang mengabadikan lawatan kami dengan mengambil beberapa keping gambar..seronok rasanya dapat 'pose'..



Selepas itu, kami singgah makan di Alor Gajah..saya memilih untuk makan 'young tau fu sup'..nyum nyum..Setelah perut kenyang di isi, kami meneruskan perjalanan ke jasin..sesampainya kami di jasin, kami bergotong royong mengemas rumah 'Wan' dan 'Atok' yang dipenuhi dengan biji-biji mutiara(tahi cicak)!..Pada malam harinya, 'Wan' dan 'Atok' mengajak kami makan malam di restoran yang terletak di tepi sungai jasin."Wan nak belanja"..katanya..Setelah selesai menjamu selera kami pulang ke rumah untuk merehatkan badan dari lenguh yang masih bersisa..

Keesokan harinya, kami terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Tangan, pipi, 'Wan' dan 'Atok' kami cium tanda sayang dan rindu pada mereka..Agak lucu kerana banyak pesanan-pesanan yang kami beri pada mereka..sepatutnya kami yang di beri pesanan..tapi sebaliknya..'Wan' dan 'Atok' tergelak melihat telatah kami..Lambaian kami disambut dengan senyuman dan mata 'Wan' yang berkaca..Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya menghitung hari untuk berjumpa semula dengan 'Wan' dan 'Atok'..

Semoga kebahagian ini akan terus berkekalan bukan sahaja di dunia, Malah di akhirat kelak..Saya berharap agar Allah membimbing kami ke 'Jalan menuju SYURGA' dan terangilah jalan kami..