Thursday, December 20, 2012

Akan datang......

Bismillahirrohmanirrahim..

Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang menghalangi perjalanan kita.  Jatuh dan bangun adalah lumrah dalam kehidupan. Ujian tetap hadir saban hari. Namun, kita sebagai hamba-Nya harus tabah dan kuat menghadapi segala ujian yang mendatang, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Tiada apa yang berlaku dengan sia-sia. 

Aku manusia biasa yang ingin terus maju dalam hidup.  Setiap orang mempunyai falsafah dan pendirian yang berbeza.  Dan aku, tetap dengan pendirian ku.

alaaaaa..skemanya!

Aku sedang mendalami bidang baru..semoga dimurahkan rezeki dan berkat..insya Allah..nntikan kemunculannya okay!..



nota kaki : seronok bila dapat menyempurnakan hasrat orang lain...

Friday, December 7, 2012

Bismillahirrohmanirrahim..

Sudah lama rasanya nukilan ku terhenti..bukan kerana tiada idea untuk dicoretkan, dan bukan juga kerana tiada cerita untuk berkongsi..tp dek kerana ketiadaan masa.

Sejujurnya masa selalu ada di sisi kita, cuma kita sebenarnya tidak pandai mengisi masa terluang dan tidak pandai membahagikan masa yang ada..Ya..aku selalu leka. Kadangkala aku gagal membahagikan masa dengan aktiviti berfaedah.

Zaman teknologi masa kini, banyak menghanyutkan manusia. Padahal boleh dikatakan manusia zaman moden kini sudah bijak pandai menggunakan peluang yang ada. Tapi masih ada lagi yang memilih saluran yang salah. Betullah kata sesetengah orang, 'makin pesat teknologi, makin pesat jenayah'. 

Banyak laman2 web yang 'menipu' kononya boleh menjana pendapatan, dan bermacam2 lagi..Aku tidak mengatakan kesemuanya 'menipu' , sesetengah daripadanya adalah palsu, sesetengahnya tidak..cuma aku tidak pasti yang mana betul dan yang mana palsu. Kalau anda tahu, share2 la eh..(hehehe). Tapi berhati2 ye kawan2..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, terus hilang pendapatan..ha camne??

Ape pun, pokok pangkalnya ditangan kita sendiri..tp kalau pokok kelapa, ambil buahnya, sedap wooo..sedapnya air kelapa..nak panjat pokok kelapa lah..



nota kaki : coretan di atas adalah untuk peringatan diri saya sendiri..jika ianya berguna untuk anda, Alhamduillah..sekadar berkongsi..