Monday, December 27, 2010

Ronda-Ronda..1

Percutian ke Dorani, Kuala Selangor memang seronok..apatah lagi bercuti bersama-sama family..wan, atok, keluarga pakngah dan keluarga busu..Kami menyewa dua buah rumah yang bersebelahan. Rumah yang kami sewa berdekatan dengan jeti..terasa nyaman dan segar tatkala angin meniup sepoi2 bahasa diikuti bunyi ombak..sungguh aman dan tenang..


Seperti biasa, saya dan saudara-mara memang gemar bergambar..jadi banyaklah gambar-gambar yang dapat kami ambil untuk dijadikan kenangan..Wan saya, seperti biasa gemar membawa bekal/masakan yang dimasak dari rumah untuk kami jamah di Dorani..Pada saat kami tiba di Dorani, semua kelihatan kebuluran..habis licin bekal yang kami bawa..seakan tidak cukup...huhu..jadi kami mengambil keputusan untuk masak meggi dan makan beramai-ramai..terasa sedap pula makanan yang tidak berkhasiat itu
(padahal memang sedap pon)..hehe
















Setelah kenyang, kami bersembang dan berkongsi cerita..saya seperti biasa bersama-sama sepupu perempuan  bercerita dari hati ke hati..banyak yang kami bualkan..menjelang petang, badan saya rasa seperti mahu demam..suara pula sudah bertukar menjadi sengau..sungguh tidak selesa saat itu..ditambah pula dengan keadaan yang sejuk..namun, saya gagahkan juga kerana tidak mahu mensiakan saat-saat gembira saya bersama keluarga..


Seronok melayan kerenah si comel 'Fawwaz', tidak sedar yang matahari sudah tidak memancarkan sinarnya, lalu memberi laluan kepada bulan untuk menerangi malam..memang seronok ada anak kecil..leka bermain dengannya..segala benda yang ada di dalam rumah itu, habis diselongkarnya..(rindu fawwaz)


Malam harinya, abah, pakngah dan adik lelaki saya pergi memancing di jeti..banyak juga ikan yang mereka dapat..manakala kami, menjamu selere di restoran yang terdapat di resort berkenaan..setelah perut kenyang diisi, kami bermain 'saidina'..memang kami tidak mensia-siakan masa yang ada untuk bermain bersama..almaklumalah, rindu berputik tatkala berjauhan.


Semoga kami dapat lagi berkumpul bersama, berkongsi suka dan duka..

Thursday, December 9, 2010

Saya SAYANG Mereka..

Totie dan Bubu
Saya sayang sangat pada kamu..Walaupun kadang-kadang kamu buat perangai, kencing merata, muntah, berak,...tapi saya still sayang kamu. 




Totie dan Bubu 
Kamu sangat comel..kelincahan kamu bermain, menghiburkan hati saya..suara mu yang nyaring, melenyapkan sunyi di hati saya..Kamu memang istimewa..


Totie dan Bubu
Tatkala kamu tidur, saya suka melihat wajah kamu..terasa hilang segala masalah yang dipikul, lenyap segala sendu di hati..lalu saya tersenyum sendiri..


Totie dan Bubu
Bila pulang dari kerja, pasti saya akan mencari mu..terlihatkan wajahmu yang comel, menghapuskan penat dan lelah bekerja seharian..


Totie dan Bubu
Kamu berdua begitu istimewa dan bermakna dalam hati saya..jagalah diri kamu baik-baik..kerana saya sangat SAYANGkan kamu..


"Ya Allah engkau peliharalah totie dan bubu dari segala ancaman..kurniakanlah aku dan keluargaku kesabaran sepanjang kami menjaga totie dan bubu.."


(Aku rindukan Olam..walaupun kau telah tiada..tetapi aku masih menyayangi dan akan sentiasa merindu mu..Olam..Dirimu tiada ganti..semoga kita berjumpa lagi...Olam..kau adalah makhluk istimewa!! )

Thursday, December 2, 2010

which path will u take??

If you want something you never had,
do something you have never done

Don't go the way life takes you,
Take life the way you go,
And remember you are born to live,
Not living because you are born













Sometimes Prayers doesn't change the situation,
But it changes our attitude towards situation,
And gives us then hope which changes our entire Life















Happiness always look small if you hold it in your hands,
But when you learn to share it,
You will realize how big and precious it is

 









Life is 10% what you make it and 90% how you take it.

So you choose which path will u take..

Tuesday, November 23, 2010

Kukuhnya Tali Itu..

Sambutan Hari Raya Qurban diraikan dengan penuh rasa kesyukuran terhadap Ilahi..Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.


"Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala,
( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya"


Cuti yang ada saya manfaatkan dengan meraikannya bersama saudara-mara yang saya sayangi. Berkumpul begini memang seronok. Inilah saat yang saya nantikan apabila tiba musim cuti, tidak kira cuti hari raya atau cuti sekolah. 


Sehari sebelum Hari Raya Qurban saya telah pulang ke kampung. Pagi raya setelah selesai solat hari raya, acara Qurban dimulakan..saya tidak mengambil bahagian..Untuk melihatnya pun tidak, kerana saya tidak sampai hati untuk melihatnya..huhu..jika saya melihatnya saya secara automatik akan menangis..dan daging Qurban tidak boleh di makan..Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak pergi melihatnya..


Sup 'gear box' yang dimasak oleh abah saya memang sedap..nyum..nyum..licin..hehe..Hari ke-2 saya di kampung, kami menaiki cruise di River cruise Melaka..Cantik dan indah sekali pemandangan waktu malam di river cruise..


Malam ketiga pula, pakngah saya mencadangkan barbeque untuk dinner..wow..sedapnye..macam kat tepi pantai pula rasanya..


Hari ke-4, kami bersiap-siap untuk pulang ke KL atas tuntuan kerja..kalau boleh memang tak mahu berpisah dengan saudara saya, terutamnya si 'fawwaz'..seronok melayan keletahnya..


Semoga kita bertemu lagi wahai saudara-saudara ku..kukuhnya tali persaudaraan itu..Semoga Allah terangi jalanku meniti titian syurge..InsyaAllah..



Monday, November 8, 2010

Rejim Tempur

Seperti ganas bunyinya..'Rejim tempur"..Perumpamaan yang saya gunakan apabila saya terpaksa laluinya saban hari..bermula seawal 8.20 pagi, saya akan terpacak di stesen kepong sentral..tren yang dijadualkan tiba kadang-kadang terlewat dari jangkaan..Selalu saja tren akan 'delay'..so ble tren 'delay', makin ramai la manusia yang turut terpacak menuggu tren untuk ke tempat kerja masing-masing..Jadi bermula lah rejim tempur sesi pagi..kerana pasti akan ada rejim tempur sesi petang..Mujur tempat kerja saya tidak mempunyai 'punch card'..jika tidak pasti akan selalu saja merah..maka muka boss sy juga akan turut merah..hehe


Rejim Tempur sesi petang akan bermula sewaktu saya pulang dari kerja..pada waktu ini, tentera-tentera makin ligat, kuat dan adakalanya ganas..seperti biasa saya akan memilih untuk menaiki 'ladies coach'..tapi oleh kerana purata manusia yang menaiki tren ini adalah wanita, jadi 'coach' wanita lah yang akan sentiasa padat..fuhhh..
Saya pernah terlajak kaki dan menaiki 'coach' yang bukan untuk wanita sahaja..jadi terpaksalah saya berhimpit bersama lelaki..sangat tidak selesa waktu itu..kanan, kiri, depan, dan belakang saya semuanya lelaki..saya seakan dipeluk oleh lelaki di belakang saya..saya dapat rasakan seolah-olah saya bersandar pada lelaki itu..saya berdoa agar tren cepat sampai ke destinasi yang saya tujui..sejak dari hari itu, saya amat berhati-hati memilih 'coach'..biarlah terpaksa berhimpit asalkan kesemuanya wanita..Berbalik pada rejim tempur sesi petang, pada saat ini, ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menaiki tren..ada juga kaum-kaum adam yang tidak prihatin lalu menaiki 'coach' wanita, padahal, sudah terpampang tulisan 'ladies coach' atau 'koc wanita'..ditambah pula dengan announcement yang kerap kali diulang..Pernah suatu ketika ketika diasak, saya seperti tidak dapat bernafas..rasa ingin menjerit meminta ruang diberikan buat saya..muka saya menjadi panas, peluh mula mengalir di wajah saya..seperti tidak tertahan, saya menguatka volume suara saya dengan menyebut ' excuse me'!!..mujur mereka faham akan ruang yang saya butuhkan..


Ini lah rutin harian saya..baru saya sedar yang kaum hawa juga kuat seperti lelaki..adakalanya kaum hawa lebih ganas dari yang saya jangka..



Tuesday, November 2, 2010

Menyuntik Semangat

Salam..
Keseronokan yang saya rasai sewaktu berada di Gunung Jerai masih berbaki..rasa seperti mahu berada di sana semula..sewaktu di gunung jerai cuaca di sana sangat sejuk..kabus penuh sehingga mengganggu pandangan mata..kadang-kadang terasa seperti di 'overseas'..sungguh pun aktiviti yang di anjurkan oleh ACMS agak padat, tetapi ianya tidak menghalang niat saya untuk bergambar dan menikmati keindahan dan udara yang nyaman.sungguh indah ciptaan Allah..


Dinner malam pertama adalah bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis. Seakan tidak percaya kerana mereka sangat 'sporting'..aktiviti yang dikendalikan oleh Tuanku memang seronok..sampaikan ada yang kene buli dengan Tuanku..kelakar rasanya melihat gelagat mereka. Kami diminta untuk menari, jika tidak pun, berdiri sambil bertepuk tangan atau menggoyangkan badan..kesemua lampu ditutup supaya tiada yang malu untuk menunjukkan bakat dan 'skill' menari.Tuanku dan Puan Muda juga turut serta.


Dinner malam kedua pula mempunyai tema yang mana kami semua mesti memakai aksesori di kepala..tidak kira la apa jenis aksesori pun..yang menggelikan hati, ada staff lelaki yang memakai sepit rambut cucu dikepala dan ada yang memakai 'shower cap'..saya hanya memakai 'brooch' besar di kepala.Bermacam-macam ragam yang mencuit hati..saya dan kumpulan memilih lagu joget berhibur untuk dipersembahkan..saya di suruh menyanyi manakala yang lain menari..


Aktiviti yang lainnya diisi dengan ceramah motivasi tentang diri dan personaliti..Saya sangat tertarik dengan ceramah yang dikendalikan oleh Prof Dr. Muhaya Mohamad..seorang Dr pakar mata di Prince Court Medical Centre..kata-katanya penuh dengan semangat dan berbau positif. Beliau menggalakkan kami untuk selalu berfikiran positif dan yakin akan diri. "Biar apa pun pandangan orang terhadap kita yang penting kita tahu siapa diri kita dan buktikan tanggapan buruk mereka silap! "..Tegas sungguh pendiriannya..saya amat kagum dengan penampilan dan kejayaan yang beliau kecapi..Saya ingin jadi sepertinya..MUKTAMAD!!..










Friday, October 15, 2010

InsyaAllah

Lagu 'InsyaAllah' dari Maher Zain banyak memberi pengajaran dan jawapan yang saya cari dalam hidup..Selain memberi manfaat pada saya, ianya sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk lebih tabah dan bersabar dalam menempuh cabaran hidup dan yakin dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan…InsyaAllah…

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you'll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you'll find your way
Turn to Allah 
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OooYa Allah
Guide my steps don't let me go
You're the only one that showed me the way
Showed me the way
Insha Allah x3
Insah Allah we'll find the way

Semoga Allah meletakkan saya ke 'Jalan menuju SYURGA' dan terangilah jalan ku..
InsyaAllah i'll find my way...

Tuesday, October 12, 2010

Bahagia + Sebak = Bermakna

Setelah hampir 3 tahun tidak bersua..namun takdir menemukan kami kembali..Syukur kupanjatkan pada Ilahi atas kurniaan dan nikmatnya..Pertemuan kali ini benar-benar memberi seribu makna kepada saya.. Perbualan kami amat rancak seperti tidak ada apa-apa berlaku..Banyak cerita yang kami kongsi sehingga terasa cepat benar masa berlalu..seperti orang yang tamak, saya merasakan masa begitu cemburu dengan kegembiraan yang kami rasakan waktu itu..

Masa yang kami ada, di isi dengan aktiviti memasak dan berkongsi cerita..kami saling bergurau-senda..teringat kembali saat-saat kami sewaktu di bangku persekolahan, segala suka dan duka kami kongsi bersama..sehingga ada yang cemburu dengan keakraban kami..zaman persekolahan memang seronok!!

Kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya tatkala bercerita mengenai kehidupan berumah tangga..mana tidaknya dia dan suami sudah punya rumah untuk dihuni..boleh dikatan kediamannya 'simple and nice'...."romantiknya hubby awak"....lantas dia tersenyum..kehidupannya kini semakin sempurna ku rasakan..dia sudah melepasi fasa ketiga dalam hidupnya. Perubahan jelas yang dapat dilihat adalah melalui cara berpakaian, amat manis sekali.
(jgn kembang)..lantas tanggungjawab yang dipikul menjadikannya lebih matang berbanding sebelumnya..

Saat dia rancak bercerita mengenai kehidupannya, saya melihat ada sesuatu yang tidak berubah padanya..(memek muka sewaktu bercerita)..dari dulu saya mengenalinya, memang begitulah gelagatnya apabila bercerita..pandai saja dia mengajuk untuk menjadikan ceritanya nampak lebih menarik untuk di dengar dan nampak 'real'..

Dalam perjalanan pulang kerumah, hati menjadi sebak dan sayu..lantas saya bertanya pada diri, adakah saya layak untuk merasai kebahagian seperti orang lain..sempatkah untuk merasainya..adakah insan yang seperti diharapkan  muncul dalam hidup supaya diri ini dapat dibimbing mencari keredhaan-Nya..banyak persoalan yang bermain-main di kotak fikiran..namun tiada jawapan..tapi saya redha dengan ketentuannya malah tidak akan berhenti berdoa..

"Ya Allah aku ingikan suami yang dapat membimbing ku ke 'Jalan menuju SYURGA', lantas mendidik ku menjadi isteri solehah, anak solehah, dan hamba-Mu yang soleh..amiin"..

Semoga impian dan keinginan menjadi kenyataan dan diredhai selalu..terangilah jalan kami..

Sunday, October 10, 2010

Kampung Halaman

Setelah seminggu 'Wan' dan 'Atok' saya berada di sisi anak-anak dan cucu-cucu, tiba masanya untuk pulang ke rumahnya di kampung. "rindu kek ghumah wan"..itulah kata-kata 'Wan'..Walaupun bagi kami tempoh seminggu amatlah singkat, tapi bagi 'Wan' dan 'Atok'seminggu bagaikan berbulan lamanya. Suasana hiba makin terasa tatkala permintaan 'Wan' dan 'Atok' ingin dihantar pulang ke kediamannya di Melaka..sungguh cepat masa berlalu sedangkan masih banyak cerita yang ingin dikongsi, masih dahaga dengan nasihat, dan belum puas untuk bergelak ketawa bersama..Tetapi mereka juga punya keinginan yang perlu dihormati..kami akur dengan permintaan mereka, walaup sedikit beban pun tidak kami rasai.

Seronok rasanya apabila pulang dari kerja melihat senyuman 'Atok' yang setia menonton rancangan sukan komenwel(rancangan 'favorite' nya). Manakala 'Wan' sibuk menghidangkan makanan untuk di jamah..Mereka terlalu mengambil berat tentang kami sekeluarga..

Dalam perjalan ke Melaka, kami singgah di kampung halaman arwah 'Moyang' dan 'Tokyang' tercinta di 'Tabung Naning'..sungguh banyak kenangan kami di sana..Wajah arwah masih bermain-main di fikiran kami..rasanya baru semalam kami berjumpa..Namun Allah lebih menyayangi mereka..Kami redha..di kesempatan itu, saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang mengabadikan lawatan kami dengan mengambil beberapa keping gambar..seronok rasanya dapat 'pose'..



Selepas itu, kami singgah makan di Alor Gajah..saya memilih untuk makan 'young tau fu sup'..nyum nyum..Setelah perut kenyang di isi, kami meneruskan perjalanan ke jasin..sesampainya kami di jasin, kami bergotong royong mengemas rumah 'Wan' dan 'Atok' yang dipenuhi dengan biji-biji mutiara(tahi cicak)!..Pada malam harinya, 'Wan' dan 'Atok' mengajak kami makan malam di restoran yang terletak di tepi sungai jasin."Wan nak belanja"..katanya..Setelah selesai menjamu selera kami pulang ke rumah untuk merehatkan badan dari lenguh yang masih bersisa..

Keesokan harinya, kami terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Tangan, pipi, 'Wan' dan 'Atok' kami cium tanda sayang dan rindu pada mereka..Agak lucu kerana banyak pesanan-pesanan yang kami beri pada mereka..sepatutnya kami yang di beri pesanan..tapi sebaliknya..'Wan' dan 'Atok' tergelak melihat telatah kami..Lambaian kami disambut dengan senyuman dan mata 'Wan' yang berkaca..Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya menghitung hari untuk berjumpa semula dengan 'Wan' dan 'Atok'..

Semoga kebahagian ini akan terus berkekalan bukan sahaja di dunia, Malah di akhirat kelak..Saya berharap agar Allah membimbing kami ke 'Jalan menuju SYURGA' dan terangilah jalan kami..

Friday, October 8, 2010

Zaman ku..


Kenangan sewaktu di zaman persekolahan masih 'tersimpan kemas' dalam kotak fikiran saya..semua yang berlaku masih bermain2 di ruangan mata dan terngiang2 di telinga..banyak kenangan manis dan pahit yang saya dapat waktu itu..Ingin rasanya bertemu semula dengan teman2 kecil saya sewaktu bersekolah di sekolah tadika....Waktu itu tujuan untuk mempunyai 'kawan' adalah semata-mata untuk bermain bersama...Tiada tujuan penting yang lain..Bila teringat kembali zaman kanak2 yang penuh dengan keseronokkan, hati saya melonjak ingin kembali semula ke zaman itu..Tapi itu semua mustahil kerana apa yang dah berlalu sudah pasti tidak dapat diulang kembali.. 




apakah perkhabaran mu wahai sahabat2 chomel ku....

Apabila sudah meningkat remaja, pengetahuan mengenai 'dunia luar' mula terisi..Cara saya bergaul juga sudah berbeza..Pada zaman ini, tujuan saya berkawan adalah untuk meluahkan rasa suka dan duka serta berkongsi cerita..kalau boleh kemana saja kami pergi atau lakukan pasti bersama-sama..Alangkah seronoknya..


times square. setelah habis SPM..miss the moment..


Kalau nak diceritakan tentang zaman persekolahan memang tiada kesudahannya..Lalu saya rumuskan, zaman persekolahan saya memang seronok dan banyak pengajaran yang dapat saya kutip untuk di jadikan bekalan di usia dewasa..Semoga di usia ini, saya tidak lekang dari mendapat rahmat dan petunjuk Allah lantas membimbing saya, keluarga serta sahabat2 ke 'Jalan menuju SYURGA' dan terangilah jalan kami..amiinn..

Thursday, October 7, 2010

Cairo oh Cairo..tunggulah dia..

Cairo@Kaherah ditransliterasikan sebagai al-Qahira yang bermaksud berjaya adalah ibu negara dan bandar terbesar di Mesir. Ia merupakan bandar Arab terbesar serta bandar yang paling padat penduduk di Afrika.

Wa..seronoknya jika berkesempatan berada di negara orang.Walaupun saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana, tetapi saya masih berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan melalui seorang sahabat karib saya 'Atiqah Alwee' yang akan berangkat ke Cairo pada 8 Oktober ini..Bak kata orang, 'beruntungnya badan'. walaupun tujuannya ke Cairo atas urusan keluarga, tetapi masih berpeluang untuk bercuti, bergambar selagi mahu dan sudah semestinya membeli belah..

Tiba-tiba kenangan lalu singgah kembali di kotak fikiran saya, dimana sewaktu saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang iatu Oman..Nama Oman sebelum ini tidak pernah terlintas pun dalam kotak fikiran saya.Alhamdulillah, ada insan yang berhati mulia menaja saya ke sana..Waktu itu, keseronokkan untuk melangkah ke Oman tidak dapat saya gambarkan..maklumlah 'first time'..Sepanjang saya berada di Oman, saya dihidangkan dengan bermacam2 jenis hidangan yang tidak pernah saya jamah..'sedapnya'..Saya juga di bawa melawat ke tempat bersejarah dan 'shopping complex'..saya tersenyum apabila ada shopping complex di sana yang namanya sama dengan nama gelaran saya iaitu 'LULU'..lantas sahabat saya mengusik "wani ni shopping complex ko"..bahagianya sewaktu disana..saya diberi layanan yang 'isitmewa'..tapi tidaklah seperti permaisuri yang air untuk mandi pun disediakan..hanya layanan seorang tetamu yang saya rasakan sungguh istimewa..

29/5/2008..saya masih lagi di Oman..Hati saya tersentuh apabila 'parents' sahabat saya membeli kek birthday untuk saya..Walaupun tiada 'birthday party' tapi ingatan meraka pada hari istimewa saya tetap saya hargai..perasaan sebak juga timbul di lubuk hati saya tatkala mengenangakan family di Malaysia..walaupun pemergian saya tidak lama, tetapi 2bulan sudah cukup untuk meletakkan hati saya diambang kerinduan pada family..layanan meraka pada saya, sesekali melenyapkan perasaan rindu itu..lantas berbisik di dalam hati 'beruntungnya saya'..

Kenangan sepanjang berada di Oman masih tersemat di hati dan kotak fikiran saya..teringin benar rasanya ingin mengulanginya semula..

Ya Allah kau murahkan lah rezeki sahabatku(Atika Alwee) dan keluarganya serta keluargaku..Kau permudahkan lah urusan kami Ya Allah..di dunia mahupun di akhirat kelak..Kau bimbing lah kami ke 'Jalan menuju SYURGA' dan terangilah jalan kami...

Wednesday, October 6, 2010

Bermulanya suatu kisah...

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata...

ehem2...setelah di hitung, akhirnya saya membuat keputusan untuk menerbitkan blog saya sendiri.mungkin atas dorongan shahabat baik yang inginkan saya mempunyai blog..bak kate die ' x kisahla kalo x de org bce pon'..
Lalu saya berfikir sejenak, apakah motif saya untuk menerbitkan blog?? adakah untuk meluahkan rasa 'ketidakpuashatian' pada orang lain atau sekadar berkongsi cerita..Lantas saya berkomunikasi pada diri saya sendiri bahawa saya ingin menerbitkan blog ini untuk tujuan berkongsi cerita suka dan duka..Malah, bagi mereka2 yang tidak mengenali saya, akan lebih memahami jiwa saya hanya dengan membaca blog ini..

'Jalan menuju SYURGA'..adakah saya mampu dan layak untuk melalui jalan ini?? atau hanya sekadar dijadikan tajuk untuk tatapan umum??. Hati saya melonjak ingin benar ianya menjadi kenyataan walaupun sukar buat insan seperti saya yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan..naluri saya inginkan Allah temukan saya dengan seorang insan yang mampu membimbing saya ke 'Jalan menuju SYURGA'...semoga Allah terangi jalanku..