Thursday, January 13, 2011

Nothing's Gonna Change My Love For You..

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh, so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young and we both know
They’ll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.

Nothing’s gonna change my love for you
You got to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love.

Nothing’s gonna change my love for you
You got to know by now how much I love you
The world may change my whole life through but nothing’s gonna change my
love for you.

If the road ahead is not so easy
our love will lead the way for us like a guiding star
I’ll be there for you if you should need me
you don’t have to change a thing
I love you just the way you are.

So come with me and share this view
I’ll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.

Selintas Kesan...

Ingin Daku Menyusun Nada
Ingin Hati Melukis Kata
Menghias Senandung Dalam Hati Mesra
Agar Tenang Nalurimu Damai Sanubari

Bukan Maksud Kata Memuja
Bukan Hasrat Paduan Cinta
Hanyalah Ilham Datangnya Menjelma
Tiada Kuduga Andaikan Saja Hiburan Jiwa

Walau Laguku Persembahkan
Hanya Pada Dirimu
Terlukis Kenangan Yang Indah
Kini Hanya Dalam Selintas Kesan
 


Jika 
Lagu ku Kau Terima
Nyanyikan Di Kala Sepi

Jika 
Nada Laguku Ini
Tidak Seindah Pujangga Legenda
Hanya Sekadar
Selintas Kesan
Jika 
Nada Irama Lagu
Mengguris Cinta dan Rasa

Jika
Syair Kata Menyimpang
Biar Lagu Hilang
dan Terus Berlalu
Maafkanlah Daku
Izin aku Undur Diri
 

Friday, January 7, 2011

thank u..

Thank to God sebab apabila saya di landa musibah ada insan-insan yang mengambil berat..so caring..i love all of u yang caring about me..

Kadang-kadang kita terlepas pandang pada rakan-rakan kita yang baru kita kenal..sebaliknya mereka lebih baik dari rakan-rakan yang sudah lama kita kenali..

Saya beruntung kerana dikurniakan dan dipertemukan dengan rakan-rakan yang baik dan caring..mereka tidak jemu melayan kerenah saya..ada di antara mereka yang suka meluahkan masalah pada saya dan meminta pendapat saya untuk menyelesaikan maslah mereka..ada pula yang mengatakan bahawa saya adalah penghibur..jika tiada saya, akan sunyi lah suasana..terasa diri ini sangat di hargai..

Ada juga yang tidak ambil peduli ketika saya dilanda masalah dan mencari saya pabila perlu..tapi inilah dugaan pabila bersahabat..mungkin rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..

*pada ika : thanks coz always be my side..no matter what..you r my soulmate
*pada zetty : walaupun kita baru kenal, tapi i rase mcm da kenal u lame..n thanks sgt sbb caring psl i..u r such a good friend to me..thanks a lot
*pada shabat-sahabat yang tidak mention name(bnyak sgt nk tulis) : anda semua amat berharga dalam hdup saya..

last but not least thanks to all my friends because u fill my day with rainbows..
LoVe each one of U...


wHy???????????????

Sometimes people dont realised that they hurt other people..why this could happend?? until now, i dont know the answer..n this is what happend to me right now!.. yup maybe i did the same things to others and never realised..ya..ya..ya..nobody's perfect..except our Creator..but why some people think that they are too perfect/smart?? and what they said is all true?? why??? why??

If one day U become a Boss..please be a good Boss..try to listen to others especially your staff because they work for you..and because of them U can manage your company well..Please do respect your staff, and they will respect U more..try to be fair to them..

Nowdays, those yang berpangkat tinggi akan lebih di hormati dan disanjungi..tp for those yang bepangkat rendah akan terus dipandang rendah walaupun mereka punyai kebolehan yang sama dengan mereka-mereka yang berpangkat tinggi, walhal tidak diberi peluang untuk 'naik'..i hate this kind of people!!

As human being, we are all same ok! dont judge a people by its look, personality or qualification!! why i am being too emotional about this..because i have a problem with those people yang suka memandang rendah pada orang lain..hanya disebabkan mereka berpangkat tinggi dan berpendapatan besar..so so materialistik la mereka-mereka ni (ade kene mengena ke?)

Ya Allah please give me strenght to face all my problems and show me the good way to settle it...really need guidence from U..

i keep asking wHy n wHy???????
so disappointed!

Monday, December 27, 2010

Ronda-Ronda..1

Percutian ke Dorani, Kuala Selangor memang seronok..apatah lagi bercuti bersama-sama family..wan, atok, keluarga pakngah dan keluarga busu..Kami menyewa dua buah rumah yang bersebelahan. Rumah yang kami sewa berdekatan dengan jeti..terasa nyaman dan segar tatkala angin meniup sepoi2 bahasa diikuti bunyi ombak..sungguh aman dan tenang..


Seperti biasa, saya dan saudara-mara memang gemar bergambar..jadi banyaklah gambar-gambar yang dapat kami ambil untuk dijadikan kenangan..Wan saya, seperti biasa gemar membawa bekal/masakan yang dimasak dari rumah untuk kami jamah di Dorani..Pada saat kami tiba di Dorani, semua kelihatan kebuluran..habis licin bekal yang kami bawa..seakan tidak cukup...huhu..jadi kami mengambil keputusan untuk masak meggi dan makan beramai-ramai..terasa sedap pula makanan yang tidak berkhasiat itu
(padahal memang sedap pon)..hehe
















Setelah kenyang, kami bersembang dan berkongsi cerita..saya seperti biasa bersama-sama sepupu perempuan  bercerita dari hati ke hati..banyak yang kami bualkan..menjelang petang, badan saya rasa seperti mahu demam..suara pula sudah bertukar menjadi sengau..sungguh tidak selesa saat itu..ditambah pula dengan keadaan yang sejuk..namun, saya gagahkan juga kerana tidak mahu mensiakan saat-saat gembira saya bersama keluarga..


Seronok melayan kerenah si comel 'Fawwaz', tidak sedar yang matahari sudah tidak memancarkan sinarnya, lalu memberi laluan kepada bulan untuk menerangi malam..memang seronok ada anak kecil..leka bermain dengannya..segala benda yang ada di dalam rumah itu, habis diselongkarnya..(rindu fawwaz)


Malam harinya, abah, pakngah dan adik lelaki saya pergi memancing di jeti..banyak juga ikan yang mereka dapat..manakala kami, menjamu selere di restoran yang terdapat di resort berkenaan..setelah perut kenyang diisi, kami bermain 'saidina'..memang kami tidak mensia-siakan masa yang ada untuk bermain bersama..almaklumalah, rindu berputik tatkala berjauhan.


Semoga kami dapat lagi berkumpul bersama, berkongsi suka dan duka..

Thursday, December 9, 2010

Saya SAYANG Mereka..

Totie dan Bubu
Saya sayang sangat pada kamu..Walaupun kadang-kadang kamu buat perangai, kencing merata, muntah, berak,...tapi saya still sayang kamu. 




Totie dan Bubu 
Kamu sangat comel..kelincahan kamu bermain, menghiburkan hati saya..suara mu yang nyaring, melenyapkan sunyi di hati saya..Kamu memang istimewa..


Totie dan Bubu
Tatkala kamu tidur, saya suka melihat wajah kamu..terasa hilang segala masalah yang dipikul, lenyap segala sendu di hati..lalu saya tersenyum sendiri..


Totie dan Bubu
Bila pulang dari kerja, pasti saya akan mencari mu..terlihatkan wajahmu yang comel, menghapuskan penat dan lelah bekerja seharian..


Totie dan Bubu
Kamu berdua begitu istimewa dan bermakna dalam hati saya..jagalah diri kamu baik-baik..kerana saya sangat SAYANGkan kamu..


"Ya Allah engkau peliharalah totie dan bubu dari segala ancaman..kurniakanlah aku dan keluargaku kesabaran sepanjang kami menjaga totie dan bubu.."


(Aku rindukan Olam..walaupun kau telah tiada..tetapi aku masih menyayangi dan akan sentiasa merindu mu..Olam..Dirimu tiada ganti..semoga kita berjumpa lagi...Olam..kau adalah makhluk istimewa!! )

Thursday, December 2, 2010

which path will u take??

If you want something you never had,
do something you have never done

Don't go the way life takes you,
Take life the way you go,
And remember you are born to live,
Not living because you are born













Sometimes Prayers doesn't change the situation,
But it changes our attitude towards situation,
And gives us then hope which changes our entire Life















Happiness always look small if you hold it in your hands,
But when you learn to share it,
You will realize how big and precious it is

 









Life is 10% what you make it and 90% how you take it.

So you choose which path will u take..

Tuesday, November 23, 2010

Kukuhnya Tali Itu..

Sambutan Hari Raya Qurban diraikan dengan penuh rasa kesyukuran terhadap Ilahi..Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.


"Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala,
( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya"


Cuti yang ada saya manfaatkan dengan meraikannya bersama saudara-mara yang saya sayangi. Berkumpul begini memang seronok. Inilah saat yang saya nantikan apabila tiba musim cuti, tidak kira cuti hari raya atau cuti sekolah. 


Sehari sebelum Hari Raya Qurban saya telah pulang ke kampung. Pagi raya setelah selesai solat hari raya, acara Qurban dimulakan..saya tidak mengambil bahagian..Untuk melihatnya pun tidak, kerana saya tidak sampai hati untuk melihatnya..huhu..jika saya melihatnya saya secara automatik akan menangis..dan daging Qurban tidak boleh di makan..Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak pergi melihatnya..


Sup 'gear box' yang dimasak oleh abah saya memang sedap..nyum..nyum..licin..hehe..Hari ke-2 saya di kampung, kami menaiki cruise di River cruise Melaka..Cantik dan indah sekali pemandangan waktu malam di river cruise..


Malam ketiga pula, pakngah saya mencadangkan barbeque untuk dinner..wow..sedapnye..macam kat tepi pantai pula rasanya..


Hari ke-4, kami bersiap-siap untuk pulang ke KL atas tuntuan kerja..kalau boleh memang tak mahu berpisah dengan saudara saya, terutamnya si 'fawwaz'..seronok melayan keletahnya..


Semoga kita bertemu lagi wahai saudara-saudara ku..kukuhnya tali persaudaraan itu..Semoga Allah terangi jalanku meniti titian syurge..InsyaAllah..



Monday, November 8, 2010

Rejim Tempur

Seperti ganas bunyinya..'Rejim tempur"..Perumpamaan yang saya gunakan apabila saya terpaksa laluinya saban hari..bermula seawal 8.20 pagi, saya akan terpacak di stesen kepong sentral..tren yang dijadualkan tiba kadang-kadang terlewat dari jangkaan..Selalu saja tren akan 'delay'..so ble tren 'delay', makin ramai la manusia yang turut terpacak menuggu tren untuk ke tempat kerja masing-masing..Jadi bermula lah rejim tempur sesi pagi..kerana pasti akan ada rejim tempur sesi petang..Mujur tempat kerja saya tidak mempunyai 'punch card'..jika tidak pasti akan selalu saja merah..maka muka boss sy juga akan turut merah..hehe


Rejim Tempur sesi petang akan bermula sewaktu saya pulang dari kerja..pada waktu ini, tentera-tentera makin ligat, kuat dan adakalanya ganas..seperti biasa saya akan memilih untuk menaiki 'ladies coach'..tapi oleh kerana purata manusia yang menaiki tren ini adalah wanita, jadi 'coach' wanita lah yang akan sentiasa padat..fuhhh..
Saya pernah terlajak kaki dan menaiki 'coach' yang bukan untuk wanita sahaja..jadi terpaksalah saya berhimpit bersama lelaki..sangat tidak selesa waktu itu..kanan, kiri, depan, dan belakang saya semuanya lelaki..saya seakan dipeluk oleh lelaki di belakang saya..saya dapat rasakan seolah-olah saya bersandar pada lelaki itu..saya berdoa agar tren cepat sampai ke destinasi yang saya tujui..sejak dari hari itu, saya amat berhati-hati memilih 'coach'..biarlah terpaksa berhimpit asalkan kesemuanya wanita..Berbalik pada rejim tempur sesi petang, pada saat ini, ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menaiki tren..ada juga kaum-kaum adam yang tidak prihatin lalu menaiki 'coach' wanita, padahal, sudah terpampang tulisan 'ladies coach' atau 'koc wanita'..ditambah pula dengan announcement yang kerap kali diulang..Pernah suatu ketika ketika diasak, saya seperti tidak dapat bernafas..rasa ingin menjerit meminta ruang diberikan buat saya..muka saya menjadi panas, peluh mula mengalir di wajah saya..seperti tidak tertahan, saya menguatka volume suara saya dengan menyebut ' excuse me'!!..mujur mereka faham akan ruang yang saya butuhkan..


Ini lah rutin harian saya..baru saya sedar yang kaum hawa juga kuat seperti lelaki..adakalanya kaum hawa lebih ganas dari yang saya jangka..



Tuesday, November 2, 2010

Menyuntik Semangat

Salam..
Keseronokan yang saya rasai sewaktu berada di Gunung Jerai masih berbaki..rasa seperti mahu berada di sana semula..sewaktu di gunung jerai cuaca di sana sangat sejuk..kabus penuh sehingga mengganggu pandangan mata..kadang-kadang terasa seperti di 'overseas'..sungguh pun aktiviti yang di anjurkan oleh ACMS agak padat, tetapi ianya tidak menghalang niat saya untuk bergambar dan menikmati keindahan dan udara yang nyaman.sungguh indah ciptaan Allah..


Dinner malam pertama adalah bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis. Seakan tidak percaya kerana mereka sangat 'sporting'..aktiviti yang dikendalikan oleh Tuanku memang seronok..sampaikan ada yang kene buli dengan Tuanku..kelakar rasanya melihat gelagat mereka. Kami diminta untuk menari, jika tidak pun, berdiri sambil bertepuk tangan atau menggoyangkan badan..kesemua lampu ditutup supaya tiada yang malu untuk menunjukkan bakat dan 'skill' menari.Tuanku dan Puan Muda juga turut serta.


Dinner malam kedua pula mempunyai tema yang mana kami semua mesti memakai aksesori di kepala..tidak kira la apa jenis aksesori pun..yang menggelikan hati, ada staff lelaki yang memakai sepit rambut cucu dikepala dan ada yang memakai 'shower cap'..saya hanya memakai 'brooch' besar di kepala.Bermacam-macam ragam yang mencuit hati..saya dan kumpulan memilih lagu joget berhibur untuk dipersembahkan..saya di suruh menyanyi manakala yang lain menari..


Aktiviti yang lainnya diisi dengan ceramah motivasi tentang diri dan personaliti..Saya sangat tertarik dengan ceramah yang dikendalikan oleh Prof Dr. Muhaya Mohamad..seorang Dr pakar mata di Prince Court Medical Centre..kata-katanya penuh dengan semangat dan berbau positif. Beliau menggalakkan kami untuk selalu berfikiran positif dan yakin akan diri. "Biar apa pun pandangan orang terhadap kita yang penting kita tahu siapa diri kita dan buktikan tanggapan buruk mereka silap! "..Tegas sungguh pendiriannya..saya amat kagum dengan penampilan dan kejayaan yang beliau kecapi..Saya ingin jadi sepertinya..MUKTAMAD!!..